Wednesday 25 November 2015

MAKANAN YANG BERASASKAN BAKAR





MAKANAN BAKAR MENJADI KEGILAAN ORANG RAMAI TIDAK MENGIRA PERINGKAT UMUR MAHUPUN BANGSA

Di  Lembah Kelang memang banyak gerai atau restoran yang menyediakan menu masakan ikan bakar. Ikan bakar yang popular seperti di Medan Selera di Jalan Bellamy memang sering menjadi tumpuan orang ramai.Pelanggan sanggup berbaris panjang menunggu giliran ikan bakar di bawah mentari panas terik.

Bulan  lepas saya ada bercuti di Kuala Lumpur. Tiba-tiba saya teringatkan ikan bakar. saya bercadang-cadang hendak makan ikan bakar di gerai Jalan Bellamy, tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana di sana agak sesak dengan orang ramai. Tambah-tambah lagi jika di waktu puncak. Oleh itu, saya ke gerai ikan bakar Pak Mat di Medan Selera Tanglin. Rupa-rupanya di Medan Selera Tanglin pun sama juga, bersesak dipenuhi orang ramai yang ingin menikmati makan tengahari dengan ikan bakar. Oleh hal demikian, daripada kisah saya ini dapat disimpulkan bahawa juadah makanan bakar ni terutama ikan bakar memang menjadi kesukaan orang ramai tidak mengira kaum dan peringkat umur.

-           Ramai yang kata Ikan Bakar Pak Mat ini agak terkenal di sekitar Lembah Kelang, walaupun ianya tidak setaraf dengan hotel 5 bintang, tetapi para pelanggannya ada yang datang dari jauh seperti dari Seremban dan Petaling Jaya untuk makan tengahari disini!..
          Tetapi yang paling penting ikan, udang dan sotong mesti ada. Pelbagai jenis ikan ada di bakar disini untuk pilihan anda. Yang pasti kuah cecah asamnya memang sedap. Selepas anda makan mesti bau kuah asamnya masih melekat di tangan anda. Apa yang paling penting ikannya masih segar dan 
 sedap dengan harga yang berpatutan.

          Terdapat beberapa jenis ikan yang menjadi keutamaan orang ramai seperti ikan Kembong, 

Terubuk, Cencaru, Keli, Sotong dan Udang.
           Kelazatan lauk pauk bakar ini sesetengah pihak mengatakan ada pada kauh ataupun pencicah nya.Tetapi ada juga pelanggan yang komplen kerana kuah asam terasa masam sangat. Maklumlah, bukan mudah hendak memuaskankan hati semua pelanggan. Citarasa para pelanggan adalah berlainan, Masing-masing ada citarasa sendiri. Mesti ada seorang dua pelanggan yang tidak sukakan rasa masamnya. Tetapi secara peribadi, saya sangat suka dengan kuah cecah asam dimakan dengan  Ikan Keli dan sotong bakar dan bertambah sedap lagi jika dilebihkan sedikit rasa kepedasan cili di  dalam kuahnya.










Negeri Kelantan sebagai contoh tempat ikan bakar yang popular!!!

Tidak  lengkap kunjungan anda ke Kelantan sekiranya tidak menikmati ikan bakar, yang terkenal sebagai juadah makan malam popular, khususnya di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.Ini kerana, ikan bakar segar yang lazimnya dimakan bersama nasi lemak panas oleh penduduk Kelantan sudah pasti meninggalkan kenangan manis, apa lagi jika juadah ini dinikmati bersama ahli keluarga dan sahabat handai di premis yang kebanyakannya dibina berhadapan masjid besar Muhammadi.


Antara paling popular adalah Medan Ikan Bakar Serkam yang mula diwujudkan sejak tahun 50-an hingga ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung sungai besar Kelantan- siap dibina pada 2004, pengunjung kini mampu menikmati makanan laut yang segar dengan harga berpatutan.


Sebenarnya, di Kelantan, ada berpuluh gerai dan restoran yang menyediakan hidangan ikan bakar dan antara yang paling popular ialah Medan Ikan Bakar Serkam, Medan Ikan Bakar Juara, Medan Ikan Bakar Anjung Batu, Medan Ikan Bakar Pengkalan Chepa, Medan Ikan Bakar Muara Sungai Tesco, Medan Ikan Bakar Alai Thai berhadapan KBMALL.

Pelbagai menu masakan makanan laut yang menyelerakan sentiasa menggamit pengunjung di semua medan ikan bakar berkenaan, antaranya ikan bakar berlada, ikan bakar masak tiga rasa, ikan bakar black paper, sotong bakar , kerang bakar masam manis sambil dimakan bersama nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang.


Gabungan pelbagai masakan tradisional dan moden itu menyebabkan medan ikan bakar berkenaan sentiasa menjadi pilihan bukan saja penduduk tempatan, malah pengunjung dari luar Kelantan termasuk golongan korporat dan orang kenamaan.

Pengunjung pasti tertawan dengan kelazatan hidangan ikan bakar bersama sos istimewa tiga rasa yang cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan selain menikmati makanan tradisional seperti lempeng kelapa, lempeng tepung jagung, lempeng pisang dan ikan pekasam.

Jadi sekiranya berkunjung ke Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan ikan bakar yang tiada tandingannya.

 









Itik bakar yuummyy!!
Selain daripada ikan bakar, itik bakar juga tidak kurangnya menjadi kesukaan ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai masyarakat pada mulanya pelik mendengar itik bakar disebababkan kebiasaannya kita hanya terdedah dengan makanan bakar seperti ayam bakar,ikan bakar,sotong bakar,ketam bakar. Itik bakar memang sedap, tak sabar pula nak rasa... kalau anda membeli itik bakar untuk dibawa pulang makan dirumah, saya yakin dalam perjalanan pulang juga anda makan, tak sempat sampai rumah pun... Fuh!!! Nak Habaq hang, memang TERBAIK lah.. Sedaapppp... Garing diluar tapi lembut isinya di dalam... Rempahnya terasa hingga ke daging dan tulang... memang PUAS HATI... 

Kalau tengok pada itik yang tengah digolek tu, memang xde selera nak makan, tak menarik sebab xde nampak pun rempah ke, kilat ke, bau pun takde... Tapi, lepas makan panas-panas, terangkat betul rasa dia... Memang sedap... haha.. Yang menarik pasal Itik Bakar ni. Kebiasaan harga bagi seekor itik bakar RM45 (2.2 kilo) dan untuk separuh itik pada harga RM25 (1.1 kilo). Itik bakar ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili,memang pedas dan sedap.


Ketam, kerang, undang,dan sotong bakar juga mempunyai keistimewaannya tersendiri la juga menjadi kegemaran orang ramai yang telah mencubanya. Untuk pengetahuan anda, ketam yang dimasak secara bakar, isi dalamnya tidak menjadi kecil berbanding dengan ketam yang dimasak secara rebus. Kaki-kaki Ketam bakar juga dikatakan boleh dimakan kerana ranggup. 
 Aroma ketam bakar juga  lagi membangkitkanberbanding ketam rebus.
Disamping itu juga, kerang bakar juga menjadi kegilaan ramai terutama pada bulan ramadhan. Kerang bakar sesuai dimakan bersama pencicah sos yang pedas. Kerang bakar juga boleh dimakan bersama nasi panas, pergghh sedapnya tak terhingga.







Sotong dan undang juga apabila dibakar ianya tidak menjadi kecil berbanding diremus mahupun digoreng. Keenakkannya dan rasa manis semulajadinya jelas terasa,sangat sedap. Tambahan pula dimakan bersama nasi panas mahupun dimakan begitu sahaja bersama pencicah asam yang pedas ataupun sos cili. 










SELAMAT MENCUBA MAKANAN BAKAR,RIBUAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA..

                                                                                                                     


                                                                                                                  #SCHASHA


No comments:

Post a Comment