Wednesday 25 November 2015

MAKANAN ISTIMEWA SETIAP NEGERI


Seperti yang diketahui, setiap negeri mempunyai makanan yang istimewa. Makanan istimewa ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan dapat memikat sesiapa sahaja yang merasainya. Di sini, saya akan mempersembahkan 4 makanan istimewa bagi setiap negeri yang akan membuatkan anda terliur.

PERLIS


Ikan Pekasam


     Ikan pekasam adalah makanan tradisi berasal dari negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri yang paling terkenal dengan ikan pekasam tradisional adalah Negeri Perlis, Kedah dan Utara Perak.

   Setiap masyarakat pada zaman dahulu mencipta berbagai-bagai cara untuk membolehkan makanan disimpan untuk jangka masa yang panjang. Ikan-ikan berlebihan yang ditangkap selalunya digaramkan dan seterusnya dikeringkan. Masyarakat Melayu di Utara mencipta kaedah lain yang bukan sahaja dapat mengawet ikan, tetapi juga menambah perasa dan selera, iaitu dengan memperkasamkan ikan-ikan.

    Pelbagai jenis ikan digunakan untuk dibuat pekasam, bergantung kepada spesis ikan yang terdapat dengan banyak sesuatu tempat. Di kawasan sawah dan bendang, ikan puyu dan sepat selalu digunakan. Perkampungan berdekatan dengan tasik atau sungai yang luas menggunakan ikan lampam atau terbol. Pada masa sekarang, dengan kekurangan jenis-jenis ikan tersebut, ikan-ikan lain yang senang diternak digunakan seperti tilapia dan keli. 


PERAK

Rendang Tok






 Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri.

SARAWAK

Kek Lapis Sarawak





   Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di Sarawak seperti Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. 
   
    Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang terdapat di pasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketupat dan bintik-bintik.


Terima kasih kerana sudi menjenguk blog kami :)

#MOHD ASYRAF






No comments:

Post a Comment