Wednesday 25 November 2015

MAKANAN MAMAK

Sekarang ini, masakan mamak semakin diterima pelbagai golongan di Malaysia. Dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga yang 'ketagih' dengan makanan mamak kerana kelazatannya. 


Masakan atau makanan mamak ini telah lama diperkenalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. Di samping itu, makanan mamak ini telah menjadi kegemaran ramai pelbagai masyarakat yang terdapat di Malaysia tidak kiralah kaum apa sekali pun. Gerai atau restoran Mamak sangat laku dan sentiasa dipenuhi pelanggan berbilang kaum seperti kaum Melayu, India dan juga Cina.  

Antara contoh makanan mamak yang popular di Malaysia adalah:

1. NASI KANDAR 


Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau periaSatu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir'  dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.


2. ROTI CANAI

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Sedap sekali! 

3. ROTI TELUR

Roti telur adalah hidangan roti direndam dalam telur kemudian digoreng. Apabila roti telur dihidang sebagai hidangan manis, susu, gula, atau kayu manis ditambah sebelum digoreng, dan ia mungkin diliputi dengan gula, mentega, buah-buahan, sirap, atau benda-benda lain. Apabila ia menjadi hidangan gurih, ia biasanya digoreng dengan secubit garam, dan kemudian dihidang dengan sos seperti sos tomato atau mayonis.



4. ROTI TOSAI 


Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan Rava tosai sebagainya.Tosai memang satu makanan yang baik untuk kesihatan. Ianya sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja dan kalorinya tidak tinggi. Sesuai untuk orang yang sedang berdiet. 

Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-
 buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


5. ROTI BOOM


Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai. Sangat enak dimakan ketika sarapan pagi!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRI INI! :)


                                                                                                                  #AIDA HAFIDA




No comments:

Post a Comment