MAKANAN BAKAR MENJADI KEGILAAN ORANG RAMAI TIDAK MENGIRA PERINGKAT UMUR MAHUPUN BANGSA
Di Lembah Kelang memang banyak gerai atau restoran yang menyediakan menu masakan ikan bakar. Ikan bakar yang popular seperti di Medan Selera di Jalan Bellamy memang sering menjadi tumpuan orang ramai.Pelanggan sanggup berbaris panjang menunggu giliran ikan bakar di bawah mentari panas terik.
Bulan lepas
saya ada bercuti di Kuala Lumpur. Tiba-tiba saya teringatkan ikan bakar. saya
bercadang-cadang hendak makan ikan bakar di gerai Jalan Bellamy, tetapi
terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana di sana agak sesak dengan orang
ramai. Tambah-tambah lagi jika di waktu puncak. Oleh itu, saya ke gerai ikan
bakar Pak Mat di Medan Selera Tanglin. Rupa-rupanya di Medan Selera Tanglin pun
sama juga, bersesak dipenuhi orang ramai yang ingin menikmati makan tengahari
dengan ikan bakar. Oleh hal demikian, daripada kisah saya ini dapat disimpulkan
bahawa juadah makanan bakar ni terutama ikan bakar memang menjadi kesukaan
orang ramai tidak mengira kaum dan peringkat umur.
- Ramai
yang kata Ikan Bakar Pak Mat ini agak terkenal di sekitar Lembah Kelang,
walaupun ianya tidak setaraf dengan hotel 5 bintang, tetapi para pelanggannya
ada yang datang dari jauh seperti dari Seremban dan Petaling Jaya untuk makan
tengahari disini!..
Tetapi
yang paling penting ikan, udang dan sotong mesti ada. Pelbagai jenis ikan ada
di bakar disini untuk pilihan anda. Yang pasti kuah cecah asamnya memang sedap.
Selepas anda makan mesti bau kuah asamnya masih melekat di tangan anda. Apa
yang paling penting ikannya masih segar dan
sedap dengan harga yang berpatutan.
Terdapat
beberapa jenis ikan yang menjadi keutamaan orang ramai seperti ikan Kembong,
Terubuk, Cencaru, Keli, Sotong dan Udang.
Kelazatan
lauk pauk bakar ini sesetengah pihak mengatakan ada pada kauh ataupun pencicah
nya.Tetapi ada juga pelanggan yang komplen kerana kuah asam terasa masam
sangat. Maklumlah, bukan mudah hendak memuaskankan hati semua pelanggan.
Citarasa para pelanggan adalah berlainan, Masing-masing ada citarasa sendiri.
Mesti ada seorang dua pelanggan yang tidak sukakan rasa masamnya. Tetapi secara
peribadi, saya sangat suka dengan kuah cecah asam dimakan dengan Ikan Keli dan sotong bakar dan bertambah
sedap lagi jika dilebihkan sedikit rasa kepedasan cili di dalam kuahnya.
Negeri Kelantan sebagai
contoh tempat ikan bakar yang popular!!!
Tidak lengkap kunjungan anda ke Kelantan sekiranya
tidak menikmati ikan bakar, yang terkenal sebagai juadah makan malam popular,
khususnya di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.Ini kerana, ikan bakar segar yang
lazimnya dimakan bersama nasi lemak panas oleh penduduk Kelantan sudah pasti
meninggalkan kenangan manis, apa lagi jika juadah ini dinikmati bersama ahli
keluarga dan sahabat handai di premis yang kebanyakannya dibina berhadapan
masjid besar Muhammadi.
Antara paling popular adalah Medan
Ikan Bakar Serkam yang mula diwujudkan sejak tahun 50-an hingga ke Perkampungan
Ikan Bakar Terapung sungai besar Kelantan- siap dibina pada 2004, pengunjung
kini mampu menikmati makanan laut yang segar dengan harga berpatutan.
Sebenarnya, di Kelantan, ada
berpuluh gerai dan restoran yang menyediakan hidangan ikan bakar dan antara
yang paling popular ialah Medan Ikan Bakar Serkam, Medan Ikan Bakar Juara,
Medan Ikan Bakar Anjung Batu, Medan Ikan Bakar Pengkalan Chepa, Medan Ikan
Bakar Muara Sungai Tesco, Medan Ikan Bakar Alai Thai berhadapan KBMALL.
Pelbagai menu masakan makanan laut
yang menyelerakan sentiasa menggamit pengunjung di semua medan ikan bakar
berkenaan, antaranya ikan bakar berlada, ikan bakar masak tiga rasa, ikan bakar
black paper, sotong bakar , kerang bakar masam manis sambil dimakan bersama
nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang.
Gabungan pelbagai masakan
tradisional dan moden itu menyebabkan medan ikan bakar berkenaan sentiasa
menjadi pilihan bukan saja penduduk tempatan, malah pengunjung dari luar
Kelantan termasuk golongan korporat dan orang kenamaan.
Pengunjung pasti tertawan dengan
kelazatan hidangan ikan bakar bersama sos istimewa tiga rasa yang cukup
terkenal di kalangan penduduk tempatan selain menikmati makanan tradisional
seperti lempeng kelapa, lempeng tepung jagung, lempeng pisang dan ikan pekasam.
Jadi sekiranya berkunjung ke
Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan ikan bakar yang
tiada tandingannya.
Selain daripada ikan bakar, itik bakar juga tidak kurangnya
menjadi kesukaan ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai masyarakat pada
mulanya pelik mendengar itik bakar disebababkan kebiasaannya kita hanya
terdedah dengan makanan bakar seperti ayam bakar,ikan bakar,sotong bakar,ketam
bakar. Itik bakar memang sedap, tak sabar pula nak rasa... kalau anda membeli
itik bakar untuk dibawa pulang makan dirumah, saya yakin dalam perjalanan
pulang juga anda makan, tak sempat sampai rumah pun... Fuh!!! Nak Habaq hang,
memang TERBAIK lah.. Sedaapppp... Garing diluar tapi lembut isinya di dalam...
Rempahnya terasa hingga ke daging dan tulang... memang PUAS HATI...
Kalau tengok pada itik yang tengah digolek tu, memang xde
selera nak makan, tak menarik sebab xde nampak pun rempah ke, kilat ke, bau pun
takde... Tapi, lepas makan panas-panas, terangkat betul rasa dia... Memang sedap...
haha.. Yang menarik pasal Itik Bakar ni. Kebiasaan harga bagi seekor itik bakar
RM45 (2.2 kilo) dan untuk separuh itik pada harga RM25 (1.1 kilo). Itik bakar
ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili,memang pedas dan
sedap.
Ketam, kerang, undang,dan sotong bakar juga mempunyai
keistimewaannya tersendiri la juga menjadi kegemaran orang ramai yang telah
mencubanya. Untuk pengetahuan anda, ketam yang dimasak secara bakar, isi dalamnya
tidak menjadi kecil berbanding dengan ketam yang dimasak secara rebus.
Kaki-kaki Ketam bakar juga dikatakan boleh dimakan kerana ranggup.
Aroma ketam bakar juga lagi membangkitkanberbanding ketam rebus.
Disamping itu juga, kerang bakar juga menjadi kegilaan ramai
terutama pada bulan ramadhan. Kerang bakar sesuai dimakan bersama pencicah sos
yang pedas. Kerang bakar juga boleh dimakan bersama nasi panas, pergghh
sedapnya tak terhingga.
Sotong dan undang juga apabila dibakar ianya tidak menjadi
kecil berbanding diremus mahupun digoreng. Keenakkannya dan rasa manis
semulajadinya jelas terasa,sangat sedap. Tambahan pula dimakan bersama nasi
panas mahupun dimakan begitu sahaja bersama pencicah asam yang pedas ataupun
sos cili.
SELAMAT MENCUBA MAKANAN BAKAR,RIBUAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA..
#SCHASHA
No comments:
Post a Comment