Bercakap pasal pencuci mulut, siapa yang tidak terliur.
Tambahan pula, rata-rata rakyat Malaysia suka menikmati pencuci mulut setelah menjamu selera.
Mengapa rakyat Malaysia sangat gemar akan pencuci mulut sehinggakan apabila mereka sudah kenyang menjamu selera, mereka tetap menikmati pencuci mulut?
Jawapannya sudah pasti kerana keunikkan pencuci mulut yang terdapat di Malaysia ini!
Pencuci mulut di Malaysia semuanya sedap-sedap belaka dengan cara hidangan yang memikat hati semua orang daripada pelbagai peringkat umur.
Pencuci mulut yang terdapat di Malaysia bukan sahaja mencairkan hati rakyat Malaysia, malah pelancong asing turut tertarik dengan kelazatan yang tiada tandingannya.
Berikut merupakan beberapa senarai pencuci mulut yang buah durian yang terkenal di Malaysia:
A) Durian Crepe
(Sumber: Air Tangan Reen Khan Blogspot)
Bagi para penggemar durian, sudah tentu Durian Crepe ini sudah tidak asing lagi. Pencuci mulut yang diasaskan di dalam Malaysia tetapi terselit dengan ciri-ciri kemodenan dengan penggunaan krim putar di dalamnya yang mengapit inti durian. Sangat enak sekali dimakan sejuk. Nantikan kemunculannya sekali lagi apabila tibanya musim durian!
Sangat mudah untuk menyediakan Durian Crepe ini, layari blog dibawah untuk melihat resepi:
B) CENDOL DURIAN
(Sumber: Annur Syuhada Blogspot)
Buah durian ini boleh juga dibuat Cendol Durian. Cendol Durian ini sangat lazat kerana kemanisan air gula melaka yang tidak terhingga serta kelazatan buah durian yang sangat memikat selera para pencubanya! Cendol Durian ini sesuai dimakan pada musim panas. Cendol Durian ini merupakan antara salah satu juadah yang harus dirasai oleh semua penggemar buah durian.
Ingin tahu Resepi? Layari blog dibawah:
C) "DURIAN CHIFFON CAKE"
(Sumber: Annur Syuhada Blogspot)
Tidak disangka buah durian ini sebenarnya dapat mempelbagaikan juadah, sehinggakan wujudnya Kek Chiffon Durian ini. Kek ini sangat sedap dimakan kerana intinya sangat gebu dan manis. Kek ini selalunya dihidangkan di restoran atau hotel-hotel bertaraf lima bintang dan sebagainya. Sunnguh hebat buah ini! Mampu memikat hati semua yang mencubanya.
Mahu mencuba resepinya? Layari blog dibawah:
Memang unik pencuci mulut yang terdapat dalam Malaysia ini. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan keistimewaan kita yang tersendiri :)
Terima Kasih!
NIKITA#
No comments:
Post a Comment